topbella

Wednesday, June 08, 2011

mood sensitip

ألسلام عليكم ورحمة ألله و بركاته


camana nak buat ni ya... mood sangat mudah tersentuh sekarang ni.. saya nak cuba kawal dengan sebaik mungkin sebab ini cuma sementara ja... i know it... tapi masalahnya.............. orang tersilap keluarkan statement sikit ja, saya dah terus tersentap kat hati ni haa.. tak simpan, langsung tak.. sebab tau menda tu tak perlu amik hati pun.. cuma perasaan ni nak tersentuh jugak... 

fitrah menjadi seorang wanita.. bukan diminta untuk punyai perasaan sensitif yang datang entah dari mana-mana.. ada sesetengah lelaki yang menganggap perkara ni sebagai "mengada-ngada" dan menyalahkan perempuan sebab tak cuba control sensitip tu.. kononnya terlalu melayankan perasaan... you guys tak rasa, don't talk so much la i would say...


sometimes we women did TRY our best to control the instability of hormones which happen to us every month.. kalau tak rasa, senang la nak cakap suruh kawal.. cer try rasa dulu macam mana susah nak kawal, baru tau.. dalam keadaan sedar yang mood memang tengah tak elok pun, still akan rasa touching walaupun dah berusaha tak nak touching-touching.. so how?? pastu nanti mula la orang cakap perempuan ni moody la apa la... dah memang Allah dah bagi fitrah dia macam tu.. kena la faham kan... huhu~

kerana sensitiviti wanita yang mendalam tu la, Allah letakkan martabat perempuan tu sangat tinggi.. in my humble opinion, wanita tu terpaksa berperang dengan perasaan sendiri hampir setiap masa especially bila dia dalam keadaan moody... sometimes kawan buat hal, sometimes suami buat hal, anak lagi, tempat keja lagi, keja-keja rumah tangga lagi... terlalu banyak yang nak diuruskan... tak dinafikan la, ada sesetengah perempuan yang main pakai hambur ja... setiap kali pun bagi alasan, mood i tengah tak elok ni... huh! spesis tu aku pun menyampah.. dah mood ko ja yang tak elok.. mood aku elok sangat la..! hurmmm.. upss.. ter-emo pulak.. sorry....

sejujurnya, sometimes kalau lelaki tak boleh memahami, i could still consider.. ye la, dah dia tak pernah rasa camana nak faham... tapi kalau perempuan yang tak paham, unacceptable btol la.. seriously susah untuk diterima.. we feel the same thing, experience the same thing.. but why??? we cannot understand each others' sensitivity... kalau semua pun tengah hormon tak betul, dan itu jugak yang menjadi alasan setiap kali, mau pecah rumah asek bertengkar ja kan... pikir-pikir la sendiri...

moral of the post today... susah memang susah nak kawal sesuatu yang tak boleh dikawal... tapi cuba ja la sebaik mungkin.. mintak pertolongan dari Allah selalu daripada melakukan tindakan yang melulu... inshallah Allah tu Maha Memahami... nak harapkan manusia memahami........ macam tak berapa boleh diharap.. buat menambahkan tekanan lagi ada... huhu~


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

About Me

My photo
I was born on 5 Muharram 1407.. sweet and cute lady~ haha~ just joking... common and moderate... a little servant of Allah.. love art... complicated~~