topbella

Sunday, August 14, 2011

Janji Allah itu pasti

ألسلام عليكم ورحمة ألله و بركاته


Yupp..! Bertemu lagi kita di arena blog saya, Kalaam Min Qalbi.. ;)

Menulis ni perlukan mood (bagi saya la). So sementara mood tengah bercambah ni, baik saya lontarkan cepat. Peluang pun ada untuk menulis sebab tengah cuti dan berseorangan pulak. Alhamdullillah. Thanks Allah. :)


Tertanya-tanya sesuatu pada diri, apa yang aku tengah buat ni..? Pelik bila tetiba terasa nak anta pesanan-pesanan kat orang yang seolah-olah my time here will be end soon. Haha. Could be true, and could be not. Wallahua'lam. Semua tu percaturan Allah. Tak nak fikir banyak-banyak. Better just to follow the flow. Usaha yang mampu diusahakan dan selebihnya leave it to Allah. Andai diizinkan, ianya akan berlaku. Andai tak, mungkin itu bukan yang terbaik.

Ok, get back to motif of my writing today. Macam biasala hari-hari cuti ni, blogwalk ke sana sini untuk mencari sesuatu buat santapan hati. Allah tu Maha Mengetahui kan. Setiap kali pun mesti akan terjumpa quote or articles yang macam memberi jawapan pada sebuah persoalan. Bersyukur.. Sekali lagi bersyukur. :)

Just now, ain baca artikel Dia Jodohku. Suka sangat. Haha. Tak sabo nak kawin kan, jadi gini la.. :p Just joking. Ada beberapa part dalam artikel tu yang terkesan kat hati. Dan gembira kerana terasa seperti Allah berbicara denganku melalui artikel tersebut. Might be! Let's share it together.. :)

Salam kembali buat Saudari .....................

Pertamanya, maaf kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab persoalan saudari. Bukan ingin membiarkan saudari terus tertanya-tanya, cuma berusaha untuk memberi jawapan yang sebaiknya. Sejujurnya, saya tiada jawapan yang tepat untuk setiap pertanyaan daripada saudari kerana saya yakin saudari punya jawapannya sendiri.

Pernah mengasihi atau tidak, pernah bercinta atau tidak, pernah mengenali atau tidak, bukanlah satu syarat untuk menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Bukan kah janji Allah itu pasti. Dia bisa menemukan dan memisahkan sesiapa yang Dia kehendaki. Secara logiknya, memang susah menerima insan yang kita tidak pernah kasihi apalagi yang kita tidak pernah kenali untuk menjadi pasangan kita, tapi saya yakin, setiap apa yang berlaku talah diatur oleh Allah dengan sangat sempurna. Wallahua’lam…

Setiap menusia mengimpikan pasangan yang soleh dan solehah. Tidak terkecuali saudari dan saya sendiri,bukan? Allah telah memberi tips kepada kita dalam memilih pasangan. Lihatlah kepada 4 perkara; agama, kecantikkan, keturunan dan harta. Utamakanlah yang beragama, nescaya akan aman hidupmu. Saya tidak pernah meletakkan syarat-syarat tinggi kepada sesiapa yang bakal menjadi isteri saya kerana saya juga insan biasa yang banyak melakukan dosa dan kesalahan. Pada saya, sudah memadai jika dia dapat menerima saya seadanya.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:
Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.[Surah al-Baqarah : 216]

Justeru, saya akan berusaha menerima sesiapa sahaja yang telah Allah catatkan namanya untuk menjadi pendamping saya. InsyaAllah.

Setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan. Ianya dapat diatasi dengan perkahwinan. Perkahwinan itu fitrah, perkahwinan itu sunnah. Mendirikan rumahtangga bermakna telah mendirikan sebahagian agama. Tidak perlu mencari yang terlalu sempurna, tetapi berusahalah menjadikan pasangan kita sempurna. Tulang rusuk yang hilang pasti tidak akan tertukar dan pasti akan kembali ke tempat asalnya, itulah janji Allah. Saya cuma berharap agar tulang rusuk yang bakal kembali itu dapat membantu melindungi hati saya daripada dimasuki perkara-perkara yang melalaikan,bahkan tulang rusuk itu jugalah yang bakal memberi kekuatan kepada saya untuk tetap memperjuangkan keimanan dan ketaatan kepada Yang Esa.

PERNAH MENGASIHI ATAU TIDAK, PERNAH BERCINTA ATAU TIDAK, PERNAH MENGENALI ATAU TIDAK, BUKANlah SATU SYARAT untuk MENJAMIN KEBAHAGIAAN sesebuah rumahtangga. Bukan kah JANJI Allah itu PASTI. DIA BISA MENEMUkan dan MEMISAHkan sesiapa yang Dia kehendaki. Secara LOGIKnya, MEMANG SUSAH menerima insan yang kita TIDAK PERNAH KASIHI apalagi yang kita TIDAK PERNAH KENALI untuk menjadi pasangan kita, tapi saya YAKIN, setiap APA YANG BERLAKU telah DIATUR oleh Allah dengan SANGAT SEMPURNA.

Hanya mampu tersenyum reading this. Janji Allah tu pasti. Dia bisa menemukan dan memisahkan sesiapa yang Dia kehendaki. Logik akal manusia tak mungkin mampu menandingi logik perancangan Allah Taala. Giving me courage to just have faith with HIM. Inshallah everything will be just fine. (^_^)

Seperti petikan kat atas ni, saya pun tak pernah letakkan syarat yang tinggi kepada sesiapa yang bakal menjadi suami sbb saya pun manusia biasa yang banyak buat dosa dan kesalahan. Lebih-lebih lagi menyedari yang tak semua yang saya suka tu adalah yang terbaik, dan tak semua yang saya benci tu buruk untuk saya. Inshallah saya akan berusaha menerima sesiapa sahaja yang telah Allah catatkan namanya sebagai my future zauj.

Petikan kat atas ni pun stated clearly what marriage is all about in Islam.



Setiap manusia punya KELEBIHAN dan KEKURANGAN. Ianya dapat diatasi dengan PERKAHWINAN. Perkahwinan itu fitrah, perkahwinan itu sunnah. Mendirikan rumahtangga bermakna telah mendirikan sebahagian agama. TIDAK PERLU MENCARI YANG TERLALU SEMPURNA, TETAPI BERUSAHALAH MENJADIKAN PASANGAN KITA SEMPURNA.


And the best part yang saya paling suka..!


TULANG RUSUK yang hilang PASTI TIDAK AKAN TERTUKAR dan pasti akan kembali ke tempat asalnya, itulah janji Allah.


Terasa sangat mendalam maksud kata-kata ni. Haha.


As for the conclusion. Saya merancang, Allah juga merancang. Saya meminta, dan Allah sentiasa sudi memperkenankan. Cuma perancangang Allah tu sukar untuk ditebak dengan lemahnya akal cetek manusia. Allah tu sangat suka memberi kejutan. Memberi sesuatu yang kita minta pada waktu terbaik yang kita tak pernah sangka dan jangka. Tak perlu membuang masa merisaukan sesuatu yang bukan di tangan kita. Gusar dan gundah pasti ada, tapi kembalikan saja semuanya kepada Allah. 

"Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi lebih tenang"

Yang saya tahu, saya akan cuba menghargai apa yang saya ada sekarang sementara masih ada peluang. Mana la tau besok-besok dah tak da. Kan? Nak menyesal pun dah terlambat. Dan saya tak suka buat menda yang saya akan menyesal kemudian hari. My thought right now is just, what if this is the last moment you might have with them..? So i'm giving my best for them. Wish to see them happy selagi masih sempat nak buatkan orang gembira. Sebab tengok orang yang kita care tu happy nilainya tak tergambar dengan kata-kata. Moga kegembiraan tu jadi  milik mereka selamanya with or without me... :) Itu ja yang saya harapkan sekarang ni. Already get back to my sense. Alhamdulillah.

Andai diizinkan Allah, i wish to just walk away slowly without anyone noticing after collecting all the memories with me. Kalau dah jodoh, mesti akan berjumpa lagi. Andai sebaliknya, terima saja sebagai satu ketentuan. (^_^) Hasbunallahu wa ni'mal wakiil...........


1 comments:

Along79 said...

Setiap yang hidup mahupun yang mati adalah milikNYA,
dan setiap keputusan yang baik datang dariNYA
Semoga setiap keputusan mendapat petunjuk dariNYA,
Mohonlah dariNYA... Dari yang Maha Kuasa...

Post a Comment

Powered by Blogger.

About Me

My photo
I was born on 5 Muharram 1407.. sweet and cute lady~ haha~ just joking... common and moderate... a little servant of Allah.. love art... complicated~~