...
topbella

Saturday, August 13, 2011

Mensyukuri Cinta Nya

ألسلام عليكم ورحمة ألله و بركاته

Alhamdulillah ke hadrat Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.. Hari ni diberi sekali lagi peluang menghirup udara segar di tengah-tengah kota metropolitan yang penuh dengan kecelaruan. Hujan turun menjadi rahmat buat sekalian alam. Rahmat untuk aku juga rasanya. (^_^) Bersyukur sekali..


Hari ni adalah mood mensyukuri segala nikmat yang Allah bagi. Segala rasa yang diberi peluang untuk merasai. Segala pengalaman yang sentiasa mendidik jiwa dan hati. Segala insan yang hadir mewarnai. Segala-galanya yang telah Allah beri. Aku sangat bersyukur walau kadang-kadang kehadiran semua nikmat ini terlalu menguji. Tapi itulah kehidupan. Setiap satu perkara yang berlaku adalah ujian. Ujian Allah kerana sayangkan hambaNya. Demi mengetahui sedalam mana cinta hamba kepadaNya. Subhanallah..!

Aku mencintaiNya lebih dari yang lain. Kerana DIA, aku masih di sini. Kerana DIA, aku masih bisa berdiri. Kerana DIA, aku tetap mampu berpergian ke sana sini. Dan kerana DIA, aku mampu bersabar dengan segala macam mehnah yang terpaksa aku tempuhi. Segala-galanya kerana DIA.

Pastinya cinta aku takkan diterima dengan hanya kata-kata. Kata-kata dan rasa itu perlukan kesaksian. Perlukan bukti. Justeru aku diuji demi membuktikan sebuah cinta tulus dan murni. Sejauh mana aku mencintai. Sejauh mana aku sanggup berkorban untuk apa yang aku cintai. Yupp! Itulah zat Allah, Penciptaku yang sangat100x mencintai hamba-hambaNya. Kerana cinta itu adakalanya DIA seolah-olah cemburu bila hambaNya mula menjauhi. Tatkala cinta hambaNya diragui, DIA menguji untuk melihat masih adakah cinta itu buatNya. 

Maka tersangatlah bodohnya aku kalau masih tak menyedari cinta itu. Walau aku selalu buat tindakan bodoh, tapi membutakan mata dari melihat dalamnya kasih Allah untuk aku adalah kebodohan yang paling bodoh sekali. Untuk apa menyayangi pada yang tak sudi, sedangkan hanya di depan mata ada yang sentiasa sudi menanti balasan cinta dan sayang.. setiap ketika dan saat memerhatikan aku dan menjaga aku. Jatuh bangun aku, hanya DIA yang tahu dan mengerti. Walau DIA tak bersuara, namun tak bererti DIA tak berbicara. Malah bicaranya terlalu amat menyentuh hati andai dapat difahami dan dirasai. Allahu Akbar.


Dalam keputusan yang meruntun hati, aku tersenyum terfikirkan baiknya Tuhanku. Tak pernah gagal memberikan apa yang aku mahu. Kadang-kadang kenyataan terasa pahit untuk ditelan, sedangkan itulah sebenanya apa yang kita minta. Pelik bukan..? Itulah namanya manusia yang sentiasa lupa dan leka. Meminta, dan bila dikurnia, enggan pula menerima. Mujur saja Allah itu Maha Penyabar. 


Andai suatu ketika aku pergi, pergi ku bukan kerana kecewa. Bukan kerana sukarnya menerima suatu ketentuan. Pergi ku kelak inshallah hanya untuk mencari suatu ketenangan jiwa. Hanya untuk lebih mengenali Nya. Pergi ku adalah kembara mencari diri yang hilang. Pergi ku hanya untuk mengembalikan sifat hamba kepada DIA yang lebih berhak menerima. Hanya kerana DIA. Inshallah.. 


Apa yang aku kata, pasti akan ku kota andai tiada halangan yang menimpa. Aku redha pada semua yang Allah tentukan. Menyalahkan yang lain sama seperti aku menyalahkanNya. Walau sejujurnya rasa itu ada. Untuk menyalahkan orang kerana memberi aku rasa yang asalnya tak wujud. Berperang seketika nafsu dan akal. Pertanyaan demi pertanyaan terlontar untuk menegakkan rasa amarah dan kesedihan. Dan jawapan akhirnya adalah pasti, Allah yang mengizinkan. Terdiam nafsu dengan jawapan akhir akal. Masih lagi kah mahu menyalahkan sedangkan DIA lah Yang Maha Menentukan. Terpaksa juga mengalah nafsu itu, kerana hati ini lebih menyayangi Allah lebih dari segalanya. Tak mampu langsung untuk menyalahkanNya. Marah memang marah, tapi sejuk bila menyedari itu adalah kasih Allah untuk aku. Sedih memang sedih, tapi bersabar kerana tahu Allah mengetahui apa yang aku tak ketahui. **taking a deep breathe**


Lepaskan saja rasa itu pergi. Kalau rasa itu milikku, pasti ia akan kembali mencari aku. Walau mungkin aku bukan berada di tempat yang sama lagi, tapi kesungguhan akan melenyapkan segala batasan yang ada. Keyakinan ku satu. Keihlasan dan kemahuan yang jitu pasti akan membukakan jalan walaupun pintu masuk nya tertutup rapat dan sukar kelihatan. Kerana Allah itu sangat Pengasih bukan? DIA Maha Melihat dan Maha Mengetahui kesungguhan hamba-hambaNya. Apa yang baik, pasti dikurnia. Apa yang buruk, pasti dijauhkan walau hambaNya tak menyukai. Kerana DIA terlalu menyayangi...

Alhamdulillah... aku lebih tenang.. aku akan gembira seperti yang mereka mahu. Kerana sebab yang sama. Aku menyayangi mereka lillahi taala. Allah pasti suka andai aku ikhlas menyayangi tanpa mengharap pada balasan. Cukuplah Allah melihat dan mengetahui. Sakitku Allah pasti rasai. Ubatnya akan DIA bagi. Selagi aku sudi untuk menerima. Dan pasti aku akan sentiasa sudi. Kerana DIA pemilik cinta teragung. Sakit itu akan terasa manisnya bila datang dari yang kita cintai. :)

Untuk family, kawan-kawan, insan-insan teristimewa yang pernah ada dalam hidup aku, terima kasih kerana sentiasa mewarnai hidup aku dengan sejuta satu rasa yang indah yang mungkin orang lain tak berpeluang nak merasai. Tapi aku berjaya merasai kerana anda semua. Suka sangat~ Dan bersyukur amat~ (^_^) 

p/s: special thanks to MY KHALIQ atas keputusan hati dan rasa yang ditunjukkanNya. :)



1 comments:

Along79 said...

Allah tidak pernah melupakan hambanya
tetapi hambanya selalu melupakan Allah
semoga kita tergolong dalam orang-orang yang sentiasa mengingati Allah

Post a Comment

Powered by Blogger.

About Me

My photo
I was born on 5 Muharram 1407.. sweet and cute lady~ haha~ just joking... common and moderate... a little servant of Allah.. love art... complicated~~