topbella

Tuesday, November 18, 2014

Sekitar Soal Jodoh..

ألسلام عليكم ورحمة ألله و بركاته


Morning bloggie! ^_^

Dah beberapa hari hati ni meronta-ronta nak menulis. Dan kebetulan hari ini macam agak berkelapangan. Ini pun menulis di office. Probability untuk pengawas penggunaan komputer dapat melihat aktiviti menulis ni pun sangat tinggi. Whatever la... It's not like I'm doing crime. Curi tulang pun tak jugak rasanya since keja yang memerlukan immediate attention or even just attention pun macam tak da. Or should I say, belum ada.. Hehe..

At the moment, I'm going through my life quite well. Ada semak, ada samun.. Macam biasa.. But of course I'll keep moving on. Selagi nyawa masih dikandung badan.. Gitew! Haha..


Anyway.. Sehari dua ni macam banyak pulak tersangkut dengan persoalan jodoh di sana sini.. I mean dengan orang di sekeliling. As for me myself... Whatever best in Allah's knowledge, I'll just accept it as what it is. And of course la berserah tanpa sepicing usaha, bila masa nak dapat apa-apa. Dak..? 

Sama jugak macam girl lain yang seusia aku, of course aku pun ada cita-cita nak berumahtangga. Tapi bila menyelami diri sendiri, ada kemungkinan yang besar aku sebenarnya belum betul-betul nak kan menda tu. Sebab berdasarkan pengalaman lalu, tatkala aku membulatkan hati dan fikiran nakkan sesuatu, selalunya aku mesti akan dapat. Jarang tak dapat.. Jadi rasanya hal ni pun sama la.. 

Aku masih menunggu.. Dan dalam penantian aku sendiri, aku mengharapkan kawan-kawan yang sedang mencari, yang sedang serius ingin membina masjid akan dipermudahkan Allah dalam urusan tersebut. Aku akan sangat gembira andai mereka semua berbahagia bersama inshaAllah jodoh yang terbaik buat mereka. Dan andai aku sendiri masih single masa tu pun, aku tak kisah. Aku tetap akan bergembira untuk mereka.


Ya Allah..
 Kau Tuhan yang Maha Mengerti hati hamba-hambaMu,
 Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaMu,
  
Maka Ya Allah..
Aku mohon Kau permudahkan lah sahabat-sahabatku, teman-temanku, rakan-rakanku..
Dalam urusan jodoh mereka..
Jauhkan mereka dari kelalaian duniawi..
Hampirkan mereka pada ketaatan buatMu.. 
Rahmatilah mereka sentiasa di bawah naunganMu..
Kekalkanlah jalinan ukhwah antara kami di bawah lembayung rahmatMu..
Aku menyayangi mereka Ya Allah..
Dan aku menginginkan yang terbaik buat mereka..
Aku memohon kebahagiaan buat mereka..
 Moga-moga rasa ini Ya Allah.. 
Hadirnya hanyalah keranaMu..
Dan ku mohon mereka dan aku..
Dapat bersama-sama menjejak JannahMu..

-Ameen-





1 comments:

Along79 said...

Soal jodoh, ermm semua kuasa Allah, tp yg penting kena usaha.. insyaAllah jodoh pasti ada, cuma bezanya lambat atau cepat, jgn putus asa, teruskan berusaha, insyaAllah pasti akan ada jodoh nanti...

Post a Comment

Powered by Blogger.

About Me

My photo
I was born on 5 Muharram 1407.. sweet and cute lady~ haha~ just joking... common and moderate... a little servant of Allah.. love art... complicated~~