topbella

Friday, July 31, 2015

Dia Yang Tetap Menerima Buruk Baik Ku..

ألسلام عليكم ورحمة ألله و بركاته


Beberapa hari ni aku dalam keadaan emosi yang kurang menentu. Keadaan yang aku sendiri tak tahu apa puncanya. Sensitif lebih. Marah lebih. Touching lebih. Semua lebih.. Yang negatif-negatif pulak tu. Mungkin jugak sebab hubungan dengan Allah pun sikit terganggu dua tiga hari ni menyebabkan hati rasa tak tenang ja. Dihantui rasa berdosa dengan Rabb mungkin menyebabkan aku jadi tak keruan..

Satu malam, dalam dua malam lepas, aku terbangun sekitar jam 4.00 pagi macam tu. Aku pun tak berapa ingat sebab hampir setiap malam pun terjaga di waktu-waktu antara 2.00 - 5.00 pagi.. Kadang-kadang bangun, kadang-kadang sambung lena.. Tapi yang lebih selalunya sambung lena.. Masih berusaha mudah-mudahan Allah izinkan untuk aku bertahajud kepadanya di sepertiga malam dengan istiqamah dan ikhlas. Biarpun sekarang ni aku mungkin cuma mampu tersedar, tapi aku yakin satu hari Allah akan bantu aku untuk bangun dan mengadapNya.. I just need to keep being persistent..

Aku bangun tengah malam tu untuk solat Isyak. Aku dalam kesedihan yang amat merasakan aku hamba yang terlalu hina di sisiNya. Aku terasa ditolak oleh orang di sekeliling yang memaksa aku untuk menghadap Dia, Tuhan Yang Esa.. Aku dah tak da tempat lain untuk meluah rasa sebab tak jumpa yang lain yang mampu mengerti dan memahami aku selain Dia.. Aku sedih kerana hakikatnya cuma Allah yang tetap sedia untuk menerima aku. Seteruk apa pun aku, Dia tetap terima.. Berbeza sekali dengan sikap kebanyakan manusia.

Malam tu.. Aku mengongoi mengadu dengan Allah.. Aku mintak dia tenangkan aku.. Bantu aku untuk lebih menghampiri Dia.. Dan harini, aku jumpa status bawah ni while scrolling down my FB. Stating exactly how I feel...




Sekian dulu.. 

p/s: Tulisan ni dah tersangkut-sangkut sebenarnya.. So idea sebenar nak menulis tu dah hilang di bawa pergi masa... Hehe... So post ni pun agak tergantung la sikit jadinya... ^_^



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

About Me

My photo
I was born on 5 Muharram 1407.. sweet and cute lady~ haha~ just joking... common and moderate... a little servant of Allah.. love art... complicated~~