...
topbella

Wednesday, July 29, 2015

Time to change back my writing platform.. 29 Julai 2015..

ألسلام عليكم ورحمة ألله و بركاته


Alhamdulillah akhirnya berjaya fining tune kan my bloggie arini.. Am thinking tuk kembali menulis di sini.. Tekanan lebih rendah berbanding menulis di FB.. Tapi untuk menutup terus akaun FB, FB adalah salah satu sumber untuk aku mendapatkan info semasa, tazkirah, peringatan harian, update kawan-kawan, etc.-etc.. Makanya untuk penulisan yang lebih personal mungkin ada baiknya untuk aku sekadar coretkan sahaja di sini..

Mungkin saja ada yang tak memahami kenapa masih perlu aku menulis di ruangan seperti ini? Masih ada yang boleh membaca, mengetahui kisah kehidupan aku yang barangkali lebih baik dibiarkan saja tersimpan dari didedahkan.. Aku menghormati apa jua pandangan yang dipunyai oleh insan lain.. Kerana mengharapkan pengertian manusia itu meletihkan.. Biarlah cuma Allah yang Lebih Memahami apa yang terbuku di hati ini..

Aku menulis bukan untuk meraih perhatian sesiapa.. Sekadar satu jalan untuk mengekspresikan diri.. Tidak pernah aku paksakan pandangan aku terhadap sesiapa.. Namun fitrah umat zaman ini, lebih gemar untuk terus menilai mengikut kehendak hati dan nafsu sendiri.. Aku juga mungkin tidak terlepas daripada sifat begitu.. Tapi aku ingin berusaha untuk melepaskan diri.. 

Aku lebih cenderung menghargai kebebasan mengutarakan pandangan, meluahkan pendirian diri, asal sahaja tidak terlalu melampaui batas.. Hakikat penciptaan manusia itu tidak sama.. Terlalu kejam rasanya untuk memaksakan pemikiran kita ke atas seseorang yang punya perjalanan hidup yang jauh berbeza dari kita..

Sekian dulu untuk saat ini..

InshaAllah sedikit masa lagi akan aku bertandang ke sini lagi... ^_^


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

About Me

My photo
I was born on 5 Muharram 1407.. sweet and cute lady~ haha~ just joking... common and moderate... a little servant of Allah.. love art... complicated~~