topbella

Tuesday, July 05, 2011

hoping for a guidance..

ألسلام عليكم ورحمة ألله و بركاته


Just as i expected.. sometimes apa yang aku rasa macam nak pecah kepala nak hadap, bila sampai masa dan waktunya tak lah seteruk mana pun... alhamdulillah pada Allah yang sentiasa memudahkan aku...

aku bersyukur dengan kehadiran kawan-kawan yang tiba-tiba saja muncul waktu aku rasa macam nak tersedak dengan apa yang berlaku.. semuanya seolah-olah nak mengingatkan aku yang aku tak pernah sendiri.. Allah ingatkan aku yang aku masih ada kawan-kawan dan keluarga yang perlu aku hargai.. walaupun hadirnya cuma sekejap, tapi cukup untuk menyuntik semangat ke dalam diri... alhamdulillah..


tadi dengar video Dr Asri tentang qada' dan qadar Allah yang berbentuk philosophy.. yang kadang-kadang susah untuk kita fahami makna di sebalik setiap suratan.. kadang-kadang ada sesuatu yang kita nak sangat-sangat dan mengharapkan jadi milik kita, tapi Allah tak bagi.. sebab dalam pengetahuan Allah, ada orang lain yang lebih berhak mendapatkan benda tu.. tapi Allah tu tak zalim, sebab kita mintak daripada Dia, nescaya akan digantikan benda tu dengan sesuatu yang lebih baik dari apa yang diminta... Allah mencaturkan kehidupan manusia selaras dengan percaturan kehidupan alam.. ya... Allah tu Lebih Mengetahui...

banyak perkara yang aku serahkan bulat-bulat pada Allah.. sebab logik akal aku terlalu lemah dan tak mampu nak menandingi hebatnya perancangan Allah.. setiap tindakan tu cuma digarisi oleh seurat benang, sama ada ianya datang dari nafsu yang dihasut syaitan, atau ianya datang dari petunjuk Allah.. tersilap percaturan, aku mungkin akan mengorbankan cinta Allah semata-mata untuk cinta dunia tanpa aku sendiri sedar...

aku tak tau apa yang terbaik untuk aku sekarang... i just feel like to just follow the flow... dan meyakini yang Allah takkan tergamak membiarkan aku memilih jalan yang salah yang akan menjauhkan aku dariNya.. inshallah andai sesuatu tu benar dan terbaik untuk aku, keluargaku dan agamaku, pasti Allah permudahkan jalannya.. tapi andai sebaliknya, aku tetap akan redha walaupun mungkin pahit untuk aku telan.. sebab cinta Allah tu lebih utama untuk aku berbanding cinta-cinta lain... 

mudah-mudahan aku akan tetap istiqamah di jalanNya... 

tunjukkan aku ke jalan yang benar ya Allah ~


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

About Me

My photo
I was born on 5 Muharram 1407.. sweet and cute lady~ haha~ just joking... common and moderate... a little servant of Allah.. love art... complicated~~