...
topbella

Friday, May 06, 2016

Di Sini Aku Kembali




ألسلام عليكم ورحمة ألله و بركاته


Lama sudah "Kalaam Min Qalbi" ditinggalkan sepi.. Beberapa hari lepas terlintas suatu feed di FB, ada sebuah buku Arab namanya sama macam blog ni.. Teringat moment-moment melakarkan kata bicara di sini menzahirkan rasa yang terpendam, yang tersimpan di suatu daerah hati, yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata buat sesiapa..







Sejak akhir-akhir ni tertarik untuk menulis semula. Barangkali disebabkan keadaan hati yang meminta ruang untuk berbicara.. Alhamdulillah aku dalam keadaan yang baik setelah beberapa tahun mengharungi belantara kehidupan.. Setiap tarbiyah yang Allah takdirkan ke atas ku, aku terima dengan hati terbuka.. Kerana di situ aku belajar untuk lebih mematangkan diri.

InshaAllah andai punyai peluang dan Allah terus menjentikkan rasa untuk menulis, akan aku lawati 'rumah' ku ini lebih kerap lagi.. Banyak penulisan ku sebelum ini aku lakarkan di Facebook. Tapi privasi nya tidak seperti di sini. Di sini aku bebas untuk berkata, untuk meluahkan pendapat, meluahkan rasa.. Sedang di Facebook acapkali aku perlu berhati-hati kerana interpretasi setiap yang membaca itu mungkin saja jadi berbeza..

Aku sedang dalam proses meniti sebuah perubahan. Atau lebih tepatnya aku mahukan suatu perubahan yang mungkin hanya boleh berlaku dengan melepaskan beberapa perkara yang aku miliki saat ini. Hidup adalah pilihan.. Dan untuk kesekian kali nya aku perlu memilih.. Telah terlalu banyak waktu ku bazirkan.. Dan mungkin, sekali ini aku perlu tekadkan hati untuk bertindak.. Mudah-mudahan Allah memanduku melalui perjalanan ini inshaAllah.. ^_^




0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

About Me

My photo
I was born on 5 Muharram 1407.. sweet and cute lady~ haha~ just joking... common and moderate... a little servant of Allah.. love art... complicated~~