ألسلام عليكم ورحمة ألله و بركاته
Hati ku berdetak-berdetuk
tatkala ia disapa oleh suatu perasaan
perasaan yg aku sendiri tidak mengerti
bukan pertama kali aku disapa oleh nya
namun sapaan itu masih tetap mengganggu hatiku
acapkali dlm hidup yg ku lalui
aku menangisi perasaan ini yg hadir tnpa ku undang
sebuah harapan terbina tanpa ku pinta
dtg nya tidak ku jemput
hembusan rasa yg sepatutnya lembut berpuput di hati
melahirkan kebimbangan yg tak mampu aku jelaskan
airmata bergenangan di kelopak mata
kenapa perlu rasa itu hadir lagi..?
cukuplah Ya Allah...
jgn diuji lagi hatiku dgn mainan perasaan ini
aku bimbang lambat laun aku akan tewas
menyerah kepada sebuah rasa
yang aku tidak pasti datang nya dari Mu
atau dari nafsu ku semata
belum masanya Ya Rabb...
masih byk tanggungjawab yg perlu kulunaskan
masih byk kekurangan yg perlu aku perbaiki
kelemahanku sentiasa menghantui diri
menjadikan aku manusia yg keras hati
tatkala dipaksa utk berdepan perasaan yg tidak kuingini
hakikatnya hati ku adalah milikMu Ya Allah
aku rela bersendiri selamanya
andai itu yg telah tertera di Luh Mahfuz Mu
aku ingin segala rasa kasih, cinta dan syg ku
menjadi milik Mu semata
aku manusia biasa Ya Allah
adakala hati wanita ku terusik
kepada makhluk yg berlawanan kejadian denganku
namun ya Allah....
aku enggan menerimanya
aku terlalu bimbang
andai perasaan itu terlalu membuai
terlalu melalaikan
sehingga ingatan ku pada nya...
melebihi ingatan ku kepada Mu dan Rasul Mu
doaku padanya
kubimbangi melebihi doaku buat kedua ibu bapaku
apatah lagi tatkala aku menyedari
betapa kerdilnya diri
utk bergandingan dengannya Ya Allah....
dia insan sholeh di sisi Mu
sedang aku masih tercari-cari
masih lagi terkial-kial...
terlalu jauh jaraknya dia denganku...
dan semua ini membuah sedih di hatiku ya Allah...
kenapa perlu begini..?
aku hamba Mu
aku milik Mu
utk apa aku tangisi perasaan ini
aku hanya meluahkan rasa
namun jauh di hati
keyakinan ku pada Mu tak pernah sekali luntur
seburuk mana suatu musibah
namun andai itu yg terbaik utk ku dlm suratan takdir yg Kau tetapkan
pasti akan aku terima
dengan hati yg benar-benar redha
sedih itu pasti
tatkala apa yg berlaku
tidak seperti yg ku ingini
namun menuding jari menyalahkan takdirMu
takkan pernah sekali-kali aku lakukan
bukan dulu,
bukan sekarang,
dan harapanku....
bukan juga di masa akan datang....
aku yakin pada kasihMu Ya Allah
kerana jarang sekali Kau membiarkan aku lama terdera
dengan mainan perasaan ku sendiri
petunjukMu pasti datang
kerana Kau menyayangiku
walau sehina mana diriku
aku tahu Kau akan tetap bersamaku
dan itu yg membezakan diriMu Ilahi
dengan mereka yg pernah hadir dlm hidupku di dunia ini
yg jarang sekali ada denganku
saat aku memerlukan mereka...
Kau terlalu berbeza Ya Allah...
Kau pasti tidak akan pernah melepaskan taliMu..
selagi aku masih ingin terus berpaut padaMu...
saat aku menginginkan kebebasan...
Kau longgarkan taliMu dan Kau biar aku merasa kebebasan yg kucari
namun tatkala aku mula kehilangan arah
Kau pasti akn merenggut semula tali Nya
agar aku kembali dekat dgn Mu
renggutan itu adakala menyakitkan ya Allah
namun itu perlu utk menyedarkan ku
aku tahu Ya Allah..
aku sedar keagungan cintaMu
kesakitan yg Kau kurnia itu adalah sebenarnya kemanisan..
justeru Ya Allah
hembuskan rasa kasih di hati ini hanya untuk Mu..
moga aku mmpu menjadi pencinta Mu yg hebat..
walau pasti tidak sehebat kasih Mu buat ku...
namun aku tetap ingin melakukan yg terbaik
sebagai bukti aku benar2 menghargai hadirMu dlm hidupku
mungkin tidak sekarang...
lantaran lemah nya aku mendepani godaan duniawi
namun harapanku, aku mampu merealisasikan mimpi ini...
sebelum roh ku dipanggil menghadapMu kelak...
hadirkan lah mereka yg akan membantu ku mencari jalanMu...
dan jauhkan pula aku
dari mereka yg akan membawa ku lari jauh dariMu....
dan jauhkan pula aku
dari mereka yg akan membawa ku lari jauh dariMu....
0 comments:
Post a Comment