topbella

Thursday, August 25, 2011

semangat yang hilang

ألسلام عليكم ورحمة ألله و بركاته


Semangat oh semangat, ke mana kau menghilang..? ya Allah.. Kuatkan aku..!! Otak dah tak da dengan jasad nih..bangun pagi-pagi sekarang dengan rasa kemalasan yang teramat. stress!!

apa yang pernah berlaku nampaknya akan berulang. tanpa aku sedari, aku sedang terkesan dengan ketidakstabilan emosi yang aku rasa. aku berusaha kuat to be ok. tapi performance dan hasil kerja aku menjadi bukti yang otak aku dah mula berterbangan lagi. just like once upon a time. 


aku rasa letih.. penat.. serabut..! berusaha untuk bersabar dengan ujian Allah Taala untuk aku. tapi ujian perasaan macam ni terlampau berat untuk aku hadapi. aku sedih bila teringat semua kata-kata manis dan janji yang pernah terlontar. aku sedih bila aku rasa tak da sapa yang aku boleh percaya. aku takut memikirkan manusia macam mana aku akan jadi lepas ni. akan makin tak berperasaankah aku..?? ya Allah.. aku sangat terasa lemah saat ini.... 

cuma Allah yang Maha Memahami beban perasaan yang terpaksa aku tanggung. dah terlalu lama aku tak bagi fokus pada sebuah perasaan halus yang sentiasa ada dan wujud dalam diri ni. aku ketepikan sebab perasaan tu terlalu melukakan. perasaan tu jadi penghalang untuk aku mara ke depan. tapi sekarang........ salah aku memberi ruang untuk perasaan tu kembali.. hati, minda dan perasaan sekali lagi terpaksa berperang. 

salah ke aku mengharap disayangi dan diambil berat oleh seseorang..? hanya ingin merasa yang kehadiran aku diperlukan. aku akui aku degil. tapi bukan kedegilan yang tak boleh dilentur... salah aku sendiri jugak.. terlampau complicated. orang pun tak berani nak dekat. ya Allah...................!

jiwa aku sakit sekarang ni. kenapa perlu rasa ini hadir seandainya ia hanya akan menyakitkan aku macam ni..? 

ampunkan aku ya Allah kerana merasa berat dek urusan dunia, bukan kerana urusanMu.. aku hamba yang lemah. pandulah aku agar aku tetap di jalanMu. jauhkan rasa putus asa dari menghinggapi ku.. amiin~

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

About Me

My photo
I was born on 5 Muharram 1407.. sweet and cute lady~ haha~ just joking... common and moderate... a little servant of Allah.. love art... complicated~~